Tuesday, March 3, 2015

Cubaan Pertama


Assalamualaikum w.bt..

Fuhh baru hari ni nak update setelah hampir sebulan last update. Hee. Busy benor gamaknya. Hmm tapi memang agak busy lah lately. Tah busy dengan apa pon tak tau. Adoii la.

Sebab blog ini blog bakeri, maka kita update citer masak memasak je lah ye. Citer lain tolak tepi. Huhu.


Ok, so nak citer saya ada join class buat roti dalam bulan 1 ke 2 tah. Tak ingat. :(

Oo dah ingat dah. Saya join class ni sebelum cuti hari Wilayah tu. So, 31hb Jan la kan. Hee dah ingat dah.

Lepas je balik class tu, dalam seminggu lepas tu saya pon try lah buat apa yang dah belajar. Ni nak pesan ni, kita kalau dah abis pegi belajar mana-mana kelas, cepat-cepatlah try balik kat umah. Kalau tak confirm lupa. Walaupon kita ada resepi, tapi teknik tu takut lupa. Tak kiralah kelas memasak ke, kelas menjahit ke, apa-apa jelah yang perlukan skill ni. Saya cerita ni pon sebab dah ada pengalaman. Adalah 1-2 resepi yang saya tak try buat lepas class, bila dah nak setahun baru nak buat, hmm memang tak jadi. Ke saya yang tak berbakat. Hee..


Eh panjang plak pesanan penaja ni. Saya try buat roti-roti yang dah belajar tu lah. Alhamdulillah, jadi. Cuma biasalah tidaklah buat-buat tu terus elok lembut gebu macam kat kedai tu. Hee. Yang tu kena ambik masa lah sket kan. 


Taraaaa...






Haha..inilah dia sample yang dibuat untuk santapan rakan-rakan di opis. Ada Pizza, roti inti kacang, roti marjerin, roti cheesee dan roti sosej. Bagi kawan-kawan rasa. Kalau sedap bolehlah order kan. Heee..

Oklah, nanti saya update lagi ok. Selamat menjamu mata. :)

Saturday, February 7, 2015

Selamat Datang..

Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada semua..

Terima Kasih sebab sudi singgah di blog Ecah Bakery & Delights (EBD) ini.

Bolehlah tengok-tengok apa yang ada di EBD ni di sebelah kiri anda. Setakat ini itu sahaja produk-produk yang dihasilkan oleh EBD. Insya Allah saya akan update setiap kali ada produk baru yang dibuat.

Jika berminat untuk membuat tempahan, bolehlah rujuk di ruangan di sebelah kanan ye..